Monday, June 22, 2009

Suka duka...


Assalamualaikum..

Seperti biasa aku bangun pagi berebut bilik air dengan anak cucu. Aku hendak ke sekolah sebagai guru manakala cucu-cucuku sebagai pelajar. Bangun pagi penuh harapan agar hari ini indah. Setibanya di pejabat Guru Besar memintaku membuat kertas kerja untuk pelajar-pelajar upsr anjuran ppd. Aku perlu siapkan kertas kerja hari ini juga. Ku terima dengan senang hati. Aku cuba penuhi setiap kehendak majikanku biarpun aku berlapar. Aku puas bila kerjaku selesai. Selepas itu ada lagi tugasan, pun aku bereskan. Bila loceng berbunyi aku pun pulang dengan harapan untuk merehatkan minda.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ternampak seranting pokok dokong telah dipatahkan oleh cucuku. Tersirap darah. Aku sabar. Aku melangkah ke dapur untuk menjamah makanan tengahari. Anak bongsuku menunjukkan sesuatu kepadaku.

"Ada surat cinta mama!" Aku buka dengan rakus sekali. Mataku terbeliak dan menelan air liur. Saman rupanya. Melebihi had laju. Itu yang dikatakan rezqi. Dapat seketul belum tentu seketul. Itulah yang dikatakan hidup ini. Kita tidak pernah menjangka kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Ubatnya ialah sabar. Sebenarnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Allah hendak menguji hambaNya yang disayangi agar berhati-hati di dalam kehidupan dan bersabar dengan ujian yang diterima.

Saat yang menggembirakan apabila dapat bertemu dengan semua anak. Masing-masing dengan cerita tersendiri. Biasanya mereka tidak segan-segan meluahkan masalah dan kami berbincang bersama cara mengatasinya. Walaubagaimanapun setiap pertemuan ada perpisahan tapi kami sering bertemu di ym. Itulah kemudahan teknologi masa kini. Yang jauh didekatkan, yang dekat diserasikan. Tapi awas jangan salah gunakan kemudahan yang Allah kurniakan ini.

Suka duka dalam kehidupan ibarat roda sering berputar. Bila kita mendapat nikamah daripada Allah taala hendaklah bersyukur, dan apabila mendapat musibah hendaklah kita redha dan pasrah. BilaSetiap ujian yang kita hadapi hendaklah diselesaikan secara berhemah, Insya Allah kehidupan kita akan diberkati Allah.Amin..

1 comment:

  1. Возбужденные:) заказать проститутку

    Страстная, раскрепощенная, сексуальная, обворожительная фея любви. Подарю яркие незабываемые минуты страсти, нежности и ласки. Милый в цену за часик входит секс и минетик. Об остальных услугах можешь узнать позвонив мне…. Большинство имеет за собой власть, но не право; меньшинство всегда имеет за собой право.

    ReplyDelete