Monday, June 22, 2009

Suka duka...


Assalamualaikum..

Seperti biasa aku bangun pagi berebut bilik air dengan anak cucu. Aku hendak ke sekolah sebagai guru manakala cucu-cucuku sebagai pelajar. Bangun pagi penuh harapan agar hari ini indah. Setibanya di pejabat Guru Besar memintaku membuat kertas kerja untuk pelajar-pelajar upsr anjuran ppd. Aku perlu siapkan kertas kerja hari ini juga. Ku terima dengan senang hati. Aku cuba penuhi setiap kehendak majikanku biarpun aku berlapar. Aku puas bila kerjaku selesai. Selepas itu ada lagi tugasan, pun aku bereskan. Bila loceng berbunyi aku pun pulang dengan harapan untuk merehatkan minda.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ternampak seranting pokok dokong telah dipatahkan oleh cucuku. Tersirap darah. Aku sabar. Aku melangkah ke dapur untuk menjamah makanan tengahari. Anak bongsuku menunjukkan sesuatu kepadaku.

"Ada surat cinta mama!" Aku buka dengan rakus sekali. Mataku terbeliak dan menelan air liur. Saman rupanya. Melebihi had laju. Itu yang dikatakan rezqi. Dapat seketul belum tentu seketul. Itulah yang dikatakan hidup ini. Kita tidak pernah menjangka kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Ubatnya ialah sabar. Sebenarnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Allah hendak menguji hambaNya yang disayangi agar berhati-hati di dalam kehidupan dan bersabar dengan ujian yang diterima.

Saat yang menggembirakan apabila dapat bertemu dengan semua anak. Masing-masing dengan cerita tersendiri. Biasanya mereka tidak segan-segan meluahkan masalah dan kami berbincang bersama cara mengatasinya. Walaubagaimanapun setiap pertemuan ada perpisahan tapi kami sering bertemu di ym. Itulah kemudahan teknologi masa kini. Yang jauh didekatkan, yang dekat diserasikan. Tapi awas jangan salah gunakan kemudahan yang Allah kurniakan ini.

Suka duka dalam kehidupan ibarat roda sering berputar. Bila kita mendapat nikamah daripada Allah taala hendaklah bersyukur, dan apabila mendapat musibah hendaklah kita redha dan pasrah. BilaSetiap ujian yang kita hadapi hendaklah diselesaikan secara berhemah, Insya Allah kehidupan kita akan diberkati Allah.Amin..

Sunday, May 3, 2009

Menara Gading..


Assalamualaikum..

2009 tahun akhir untuk kedua puteriku berada di UKM. Seorang bidang perguruan DPLI pendidikan Islam dan yang seorang lagi bidang arkitek. Masih ku ingat saat yang amat bahagia jam 12 malam apabila tiba-tiba aku dikejutkan.

"Mama, kakak dapat UKM bahagian Quran Sunnah"

"Apa? Alhamdulillah" Aku menangis kerana terlalu gembira. Itulah harapan yang aku tunggu selama ini.

Tahun berikutnya aku sekali lagi gembira kerana puteri bongsuku ikut jejak kakaknya. Yang menggembirakanku mereka pernah berada sebilik. Ini menyenangkan untuk ku berbicara. Tambahan zaman sekarang serba canggih dapat aku ym dengan anak-anak. Terubat rasa rindu walaupun berjauhan. Aku sentiasa menasihati supaya tabah menghadapi kehidupan terutama menghadapi susah payah dalam mengejar ilmu. Aku juga sentiasa ingatkan mereka agar menjaga akhlak sebagai wanita muslima. Alhamdulillah aku berbangga dengan mereka. Bagiku itulah harta yang tidak ternilai.

Sekali lagi aku gembira bila pertama kali menjejak kaki ke dewan pada hari konvokesyen anakku. Seronok betul melihat wajah cerdik pandai yang berjaya menamat pengajian mereka. Semua waris gembira dengan kejayaan anak mereka. Alangkah bahagianya kalau semua anak-anak berjaya. Walaubagaimanapun kata orang tua-tua tidak semua buah itu elok. Semua itu ada hikmahnya.

Cukuplah setakat ini dulu coretan buat kali ini. Lain masa Insya Allah kan ku coret lagi.

Saturday, May 2, 2009

Mencari ketenangan..


Ku meniti hari-hari yang sungguh bermakna dalam kehidupan. Suka duka sering berganti. Apa jua ketetapan Ilahi ku terima dengan penuh kerelaan. Sesuatu yang baik aku bersyukur dan sekiranya terdapat musibah aku rela, mungkin ada hikmah di sebaliknya untuk mengajar diriku supaya lebih kuat mendekati diriMu ya Allah. Walaubagaimanapun ku minta hari-hari berikutnya dirahmati Allah dalam tugasan harian sebagai pendidik yang hanya tinggal beberapa tika lagi. Aku berharap dapat menyumbang bakti aku sehingga penghujung kerjayaku. Semoga diberi kesihatan, semangat, ketabahan untuk mencapai cita-cita tersebut. Amin....

Sunday, March 22, 2009

Salam perkenalan

Assalamualaikum.hari pertama buka blog.semoga dpt kongsi ilmu yang berfaedah