Sunday, May 3, 2009

Menara Gading..


Assalamualaikum..

2009 tahun akhir untuk kedua puteriku berada di UKM. Seorang bidang perguruan DPLI pendidikan Islam dan yang seorang lagi bidang arkitek. Masih ku ingat saat yang amat bahagia jam 12 malam apabila tiba-tiba aku dikejutkan.

"Mama, kakak dapat UKM bahagian Quran Sunnah"

"Apa? Alhamdulillah" Aku menangis kerana terlalu gembira. Itulah harapan yang aku tunggu selama ini.

Tahun berikutnya aku sekali lagi gembira kerana puteri bongsuku ikut jejak kakaknya. Yang menggembirakanku mereka pernah berada sebilik. Ini menyenangkan untuk ku berbicara. Tambahan zaman sekarang serba canggih dapat aku ym dengan anak-anak. Terubat rasa rindu walaupun berjauhan. Aku sentiasa menasihati supaya tabah menghadapi kehidupan terutama menghadapi susah payah dalam mengejar ilmu. Aku juga sentiasa ingatkan mereka agar menjaga akhlak sebagai wanita muslima. Alhamdulillah aku berbangga dengan mereka. Bagiku itulah harta yang tidak ternilai.

Sekali lagi aku gembira bila pertama kali menjejak kaki ke dewan pada hari konvokesyen anakku. Seronok betul melihat wajah cerdik pandai yang berjaya menamat pengajian mereka. Semua waris gembira dengan kejayaan anak mereka. Alangkah bahagianya kalau semua anak-anak berjaya. Walaubagaimanapun kata orang tua-tua tidak semua buah itu elok. Semua itu ada hikmahnya.

Cukuplah setakat ini dulu coretan buat kali ini. Lain masa Insya Allah kan ku coret lagi.

No comments:

Post a Comment